Kepada semua yang mengenali kami, ucapan selamat hari raya aidilfitri dan maaf zahir batin dari kami untuk semua. Semoga sejahtera dan berbahagia di bulan nan mulia kelak.
Monday, October 8, 2007
Thursday, September 20, 2007
Resepsi Perkahwinan Mas & Wan
31 Ogos 2007 merupakan tarikh keramat bagi rakyat Malaysia seluruhnya, dan apa yang lebih istimewanya tahun ini kemerdekaan disambut untuk yang ke 50 tahun. Bagi pasangan mempelai Mas dan Wan lain pula ceritanya apabila memilih tarikh bermakna ini untuk melangsungkan ikatan pernikahan di Puchong baru-baru ini. Seperti dirancang pernikahan dijalankan selepas solat Asar dan alhamdulillah Wan memperisterikan Mas dengan 2 lafaz. Manakala majlis resepsi persandingan berlangsung pada 2 Sept 2007 di kediaman pengantin perempuan. Segalanya berjalan lancar dan macam biasalah kenangan manis penggambaran mempelai dihiasi senyum tawa pengantin baru. Pengantin perempuan sebenarnya rakan sekerja kepada isteri saya ( Anilah ) dan Wan juga kami telah kenal beberapa ketika dulu, jadi tiada lah segan silu sangat bagi pasangan pengantin untuk beraski dimata lensa. Walaupun kurang biasa bergaya di hadapan kamera namun jika dibentuk menjadi juga pasangan mempelai hari itu. Tema warna mereka maroon/silver juga maroon/gold so memang meriah majlis mereka. Khidmat andaman juga dari butik OrkedBridal House. Kenangan kurang manis di akhir majlis adalah pengantin perempuan telah kehilangan beg duit dan handphone yang dipercayai dicuri ketika dia meninggalkan bilik pengantin ketika majlis persandingan. "Kurang asam punya pencuri"... so kepada bakal pengantin, perlulah berhati-hati sewaktu majlis... simpanlah barangan berharga anda di tempat selamat dan kenal pasti orang yang boleh dicurigai masuk ke rumah kita. Kepada Mas dan Wan selamat pengantin baru dan semoga kekal hingga ke anak cucu. Pelan-pelan kayuh... jangan gopoh gapah ok.... daaa....Wednesday, August 22, 2007
Resepsi Perkahwinan Fauziah & Azmi
Tanggal 18 dan 19 Ogos lalu... khidmat deanilah photography telah diperlukan atas kerjasama Orked Bridal House. Pasangan mempelai yang berrlokasi di Taman Keramat Ria, Ampang telah diijabkabulkan selepas solat asar. Alhamdullilah majlis pernikahan selamat dengan satu lafaz. Acara yang serba ringkas petang itu diakhiri dengan jamuan ringan dari pihak keluarga pengantin. Pengantin lelaki orang Sabah dan pengantin perempuan orang Pahang ( takpun Perak ...sori la lupa..) dan cinta mereka berputik di lokasi perumahan yang sama. Pada 19hb Ogos... majlis persandingan di kawasan perumahan mereka. Sebenarnya tak tau apa nak diceritakan... seperti biasalah majlis kahwin semuanya manis belaka... Majlis pun berjalan dengan lancar dan kunjungan tetamu tidak kurang ramainya... boleh tahan, mungkin keluarga mereka ini ramai kenalan. Paling menarik ketika sesi fotografi, pasangan mempelai sangat sporting dan rileks aja.... dan mudah bergaya di hadapan lensa kamera. Okehla kepada pasangan pengantin, Fauziah dan Azmi ... selamat berbahagia... Selamat Pengantin Baru... sehingga ke anak cucu... harap-harap bunting pelamin lah hendaknya... heh..heh..selamat!Wednesday, August 1, 2007
DND wedding photography
DND ingin melebarkan lagi sayap seni kreatif kepada cabang fotografi majlis perkahwinan. Atas permintaan rakan-rakan, sekali lagi kami terpanggil untuk menyediakan khidmat fotografi dengan kemahiran dan pengalaman yang ada. Semoga dengan khidmat yang cuba kami berikan di samping menjadikan sumber rezeki tambahan kalian semua boleh mencuba dengan pakej yang kami tawarkan setakat ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)





