Monday, December 22, 2008

Wednesday, November 12, 2008

Wednesday, October 22, 2008

Wednesday, May 21, 2008

Resepsi Perkahwinan Ira & Amin

Pasangan mempelai ini adalah penyatuan antara 2 budaya berbeza, Amin anak kelahiran berdarah Pakistan dan isterinya Ira adalah berasal dari Sabah. Dinikahkan pada 31 April 2008 dan majlis persandingan berlangsung pada 3 Mei 2008 di Cheras. Majlis yang dimeriahkan oleh sanak saudara yang ramai pastinya menyentuh hati pasangan mempelai apabila selamat diijabkabul. Jadual nikah yang sepatutnya pada 1 Mei terpaksa diawalkan kerana imam yang akan menikahkan ada urusan pada tarikh dijanjikan. Apa pun yang penting kini mereka telah diijabkabulkan. Majlis persandingan juga memperlihatkan para jemputan tidak henti-henti bertandang masuk ke dewan untuk meraikan pasangan yang sentiasa ceria ini. Dari sedara mara kedua-dua belah pihak, rakan-rakan sekerja tersenyum mesra mengucapkan tahniah kepada pengantin baru. Semoga Ira dan Amin meniti bahagia di alam perkahwinan... amin...

Resepsi Perkahwinan Shahril & Zura

Resepsi majlis menyambut menantu yang berlangsung pada 12 April 2008 lalu adalah sempena meraikan perkahwinan Shahril dan Zura. Shahril merupakan jiran bersebelahan rumah mak mertuaku... terlanjur menghadiri majlis perkahwinan mereka, khidmat fotografi dari deanilah photography di perlukan bagi merakam saat-saat manis kedua-dua mempelai. Majlis menyambut menantu yang diadakan di Bandar Penawar ini diserikan dengan kunjungan para jemputan, sanak saudara dan para jiran. Walaupun sederhana namun majlis ini berjalan seperti dirancangkan. Semoga pasangan Shahril dan Zura berbahagia hingga ke anak cucu, InsyaAllah.