Tanggal 18 dan 19 Ogos lalu... khidmat deanilah photography telah diperlukan atas kerjasama Orked Bridal House. Pasangan mempelai yang berrlokasi di Taman Keramat Ria, Ampang telah diijabkabulkan selepas solat asar. Alhamdullilah majlis pernikahan selamat dengan satu lafaz. Acara yang serba ringkas petang itu diakhiri dengan jamuan ringan dari pihak keluarga pengantin. Pengantin lelaki orang Sabah dan pengantin perempuan orang Pahang ( takpun Perak ...sori la lupa..) dan cinta mereka berputik di lokasi perumahan yang sama. Pada 19hb Ogos... majlis persandingan di kawasan perumahan mereka. Sebenarnya tak tau apa nak diceritakan... seperti biasalah majlis kahwin semuanya manis belaka... Majlis pun berjalan dengan lancar dan kunjungan tetamu tidak kurang ramainya... boleh tahan, mungkin keluarga mereka ini ramai kenalan. Paling menarik ketika sesi fotografi, pasangan mempelai sangat sporting dan rileks aja.... dan mudah bergaya di hadapan lensa kamera. Okehla kepada pasangan pengantin, Fauziah dan Azmi ... selamat berbahagia... Selamat Pengantin Baru... sehingga ke anak cucu... harap-harap bunting pelamin lah hendaknya... heh..heh..selamat!
Wednesday, August 22, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment