
Monday, December 17, 2007
Resepsi Perkahwinan Helmi & Deja

Resepsi perkahwinan antara Helmi dan Deja berlangsung di kediaman lelaki ( majlis jemput menantu ) di Taman Bukit Kuchai Batu 8 Puchong, Selangor pada 16/12/2007. Acara majlis menjemput menantu berjalan dengan baik dihiasi resepsi adat istiadat melayu dengan ringkas. Sanak saudara dan sahabat handai yang bertandang memeriahkan lagi majlis yang sederhana ini. Khidmat pelamin dan andaman dari Orked Bridal House menyerlahkan lagi pasangan mempelai yang sememang pasangan secocok yang 'happy go lucky'... Cuaca baik sewaktu majlis berlangsung walaupun dikhuatiri hujan kerana faham-faham sahaja lah, sekarang ini musim hujan. Khidmat fotografi singkat memberi sedikit sebanyak garapan istimewa untuk pasangan mempelai. Selamat Pengantin Baru dan selamat melayari bahtera rumahtangga dengan penuh kesyukuran dan InsyaAllah istana bahgia menanti bagi kedua-dua pengantin baru.
Monday, November 26, 2007
Resepsi Perkahwinan di Jenderam Hilir


Monday, October 8, 2007
salam aidilfitri 2007
Kepada semua yang mengenali kami, ucapan selamat hari raya aidilfitri dan maaf zahir batin dari kami untuk semua. Semoga sejahtera dan berbahagia di bulan nan mulia kelak.
Thursday, September 20, 2007
Resepsi Perkahwinan Mas & Wan


Wednesday, August 22, 2007
Resepsi Perkahwinan Fauziah & Azmi


Wednesday, August 1, 2007
DND wedding photography
DND ingin melebarkan lagi sayap seni kreatif kepada cabang fotografi majlis perkahwinan. Atas permintaan rakan-rakan, sekali lagi kami terpanggil untuk menyediakan khidmat fotografi dengan kemahiran dan pengalaman yang ada. Semoga dengan khidmat yang cuba kami berikan di samping menjadikan sumber rezeki tambahan kalian semua boleh mencuba dengan pakej yang kami tawarkan setakat ini.
Thursday, June 14, 2007
Pengenalan Deanilahdesign
Bermula dengan merialisasikan ilham rekaan kami untuk majlis perkahwinan kami 3 tahun lalu, kami terfikir jikanya menjadi satu cabang bisnes yang juga dapat membantu ramai pasangan di luar sana yang inginkan kelainan setiap rekaan. Atas dasarnya ini adalah kerja sampingan kami, bermula dengan kawan-kawan DND ingin melebarkan sayapnya semampu yang boleh. Deanilahdesign : Gabungan 2 nama antara Dean dan Nilah menjadikan resepi rumahtangga kami untuk melakukan sesuatu yang dapat membantu kalian yang memerlukan khidmat kami. Mungkin ramai diantara kita yang inginkan seseuatu kelainan di dalam rekaan kad undangan perkahwinan lantas membawa item-item tertentu seperti beg buah tangan, bunting dan sebagainya. Dengan kadar harga berpatutan dan mengikut tuntutan semasa, DND akan cuba melakukan yang menarik demi kepuasan kalian. Hubungi kami jika ingin keterangan lanjut: 012-3529 643 ( Dean ) & 012 6447 303 ( Anilah ).
Wednesday, June 13, 2007
Kad Undangan Perkahwinan
Bagi pasangan yang ingin mendirikan rumahtangga atau dengan simbolik umat islam mendirikan 'masjid' adalah sesuatu yang digalakkan dalam kehidupan setiap manusia di muka bumi. Begitu juga dengan kepentingan Kad Undangan Perkahwinan itu sendiri, perlu memenuhi nilai budaya, dari tutur bicara ayatnya langsung membawa kepada rekaan kreatif. Untuk mendapatkan rekaan yang terbaik dan memenuhi citarasa pasangan adalah kriteria yang kami utamakan. Nah! jika anda ada bajet lebih apalah salahnya mengimaginasikan kad undangan yang istimewa buat diri dan penerimanya juga.Kami sedia membantu... InsyaAllah.
Subscribe to:
Posts (Atom)