Wednesday, May 21, 2008

Resepsi Perkahwinan Ira & Amin

Pasangan mempelai ini adalah penyatuan antara 2 budaya berbeza, Amin anak kelahiran berdarah Pakistan dan isterinya Ira adalah berasal dari Sabah. Dinikahkan pada 31 April 2008 dan majlis persandingan berlangsung pada 3 Mei 2008 di Cheras. Majlis yang dimeriahkan oleh sanak saudara yang ramai pastinya menyentuh hati pasangan mempelai apabila selamat diijabkabul. Jadual nikah yang sepatutnya pada 1 Mei terpaksa diawalkan kerana imam yang akan menikahkan ada urusan pada tarikh dijanjikan. Apa pun yang penting kini mereka telah diijabkabulkan. Majlis persandingan juga memperlihatkan para jemputan tidak henti-henti bertandang masuk ke dewan untuk meraikan pasangan yang sentiasa ceria ini. Dari sedara mara kedua-dua belah pihak, rakan-rakan sekerja tersenyum mesra mengucapkan tahniah kepada pengantin baru. Semoga Ira dan Amin meniti bahagia di alam perkahwinan... amin...

Resepsi Perkahwinan Shahril & Zura

Resepsi majlis menyambut menantu yang berlangsung pada 12 April 2008 lalu adalah sempena meraikan perkahwinan Shahril dan Zura. Shahril merupakan jiran bersebelahan rumah mak mertuaku... terlanjur menghadiri majlis perkahwinan mereka, khidmat fotografi dari deanilah photography di perlukan bagi merakam saat-saat manis kedua-dua mempelai. Majlis menyambut menantu yang diadakan di Bandar Penawar ini diserikan dengan kunjungan para jemputan, sanak saudara dan para jiran. Walaupun sederhana namun majlis ini berjalan seperti dirancangkan. Semoga pasangan Shahril dan Zura berbahagia hingga ke anak cucu, InsyaAllah.

Monday, December 17, 2007

Resepsi Perkahwinan Helmi & Deja

Resepsi perkahwinan antara Helmi dan Deja berlangsung di kediaman lelaki ( majlis jemput menantu ) di Taman Bukit Kuchai Batu 8 Puchong, Selangor pada 16/12/2007. Acara majlis menjemput menantu berjalan dengan baik dihiasi resepsi adat istiadat melayu dengan ringkas. Sanak saudara dan sahabat handai yang bertandang memeriahkan lagi majlis yang sederhana ini. Khidmat pelamin dan andaman dari Orked Bridal House menyerlahkan lagi pasangan mempelai yang sememang pasangan secocok yang 'happy go lucky'... Cuaca baik sewaktu majlis berlangsung walaupun dikhuatiri hujan kerana faham-faham sahaja lah, sekarang ini musim hujan. Khidmat fotografi singkat memberi sedikit sebanyak garapan istimewa untuk pasangan mempelai. Selamat Pengantin Baru dan selamat melayari bahtera rumahtangga dengan penuh kesyukuran dan InsyaAllah istana bahgia menanti bagi kedua-dua pengantin baru.

Monday, November 26, 2007

Resepsi Perkahwinan di Jenderam Hilir

Sekali lagi berkolaborasi dengan Orked Bridal... kali ni gi 'shooting' 'wedding' kat Jenderam Hilir nun kat Bangi. 'First time' jugalah 'shoot' kat kawasan penempatan ni, agak jauh gak lah kawasannya. Suasana penduduk kat sini agak menarik, ramai yang kelihatan orang-orang alim. Khemah makan kenduri pun ada khas untuk muslimin dan muslimat. Majlis hari tu agak ringkas jugalah sebab pengantin dah diakad nikah 3 minggu sebelum majlis persandingan. Pasangan pengantin pun agak 'sporting' orangnya untuk memberikan pose-pose menarik. Selamat pengantin baru untuk kedua-dua mempelai dan semoga berbahagia ke anak cucu... amin.

Monday, October 8, 2007

salam aidilfitri 2007


Kepada semua yang mengenali kami, ucapan selamat hari raya aidilfitri dan maaf zahir batin dari kami untuk semua. Semoga sejahtera dan berbahagia di bulan nan mulia kelak.

Thursday, September 20, 2007

Resepsi Perkahwinan Mas & Wan

31 Ogos 2007 merupakan tarikh keramat bagi rakyat Malaysia seluruhnya, dan apa yang lebih istimewanya tahun ini kemerdekaan disambut untuk yang ke 50 tahun. Bagi pasangan mempelai Mas dan Wan lain pula ceritanya apabila memilih tarikh bermakna ini untuk melangsungkan ikatan pernikahan di Puchong baru-baru ini. Seperti dirancang pernikahan dijalankan selepas solat Asar dan alhamdulillah Wan memperisterikan Mas dengan 2 lafaz. Manakala majlis resepsi persandingan berlangsung pada 2 Sept 2007 di kediaman pengantin perempuan. Segalanya berjalan lancar dan macam biasalah kenangan manis penggambaran mempelai dihiasi senyum tawa pengantin baru. Pengantin perempuan sebenarnya rakan sekerja kepada isteri saya ( Anilah ) dan Wan juga kami telah kenal beberapa ketika dulu, jadi tiada lah segan silu sangat bagi pasangan pengantin untuk beraski dimata lensa. Walaupun kurang biasa bergaya di hadapan kamera namun jika dibentuk menjadi juga pasangan mempelai hari itu. Tema warna mereka maroon/silver juga maroon/gold so memang meriah majlis mereka. Khidmat andaman juga dari butik OrkedBridal House. Kenangan kurang manis di akhir majlis adalah pengantin perempuan telah kehilangan beg duit dan handphone yang dipercayai dicuri ketika dia meninggalkan bilik pengantin ketika majlis persandingan. "Kurang asam punya pencuri"... so kepada bakal pengantin, perlulah berhati-hati sewaktu majlis... simpanlah barangan berharga anda di tempat selamat dan kenal pasti orang yang boleh dicurigai masuk ke rumah kita. Kepada Mas dan Wan selamat pengantin baru dan semoga kekal hingga ke anak cucu. Pelan-pelan kayuh... jangan gopoh gapah ok.... daaa....