Monday, December 22, 2008

Wednesday, November 12, 2008

Wednesday, October 22, 2008

Wednesday, May 21, 2008

Resepsi Perkahwinan Ira & Amin

Pasangan mempelai ini adalah penyatuan antara 2 budaya berbeza, Amin anak kelahiran berdarah Pakistan dan isterinya Ira adalah berasal dari Sabah. Dinikahkan pada 31 April 2008 dan majlis persandingan berlangsung pada 3 Mei 2008 di Cheras. Majlis yang dimeriahkan oleh sanak saudara yang ramai pastinya menyentuh hati pasangan mempelai apabila selamat diijabkabul. Jadual nikah yang sepatutnya pada 1 Mei terpaksa diawalkan kerana imam yang akan menikahkan ada urusan pada tarikh dijanjikan. Apa pun yang penting kini mereka telah diijabkabulkan. Majlis persandingan juga memperlihatkan para jemputan tidak henti-henti bertandang masuk ke dewan untuk meraikan pasangan yang sentiasa ceria ini. Dari sedara mara kedua-dua belah pihak, rakan-rakan sekerja tersenyum mesra mengucapkan tahniah kepada pengantin baru. Semoga Ira dan Amin meniti bahagia di alam perkahwinan... amin...

Resepsi Perkahwinan Shahril & Zura

Resepsi majlis menyambut menantu yang berlangsung pada 12 April 2008 lalu adalah sempena meraikan perkahwinan Shahril dan Zura. Shahril merupakan jiran bersebelahan rumah mak mertuaku... terlanjur menghadiri majlis perkahwinan mereka, khidmat fotografi dari deanilah photography di perlukan bagi merakam saat-saat manis kedua-dua mempelai. Majlis menyambut menantu yang diadakan di Bandar Penawar ini diserikan dengan kunjungan para jemputan, sanak saudara dan para jiran. Walaupun sederhana namun majlis ini berjalan seperti dirancangkan. Semoga pasangan Shahril dan Zura berbahagia hingga ke anak cucu, InsyaAllah.

Monday, December 17, 2007

Resepsi Perkahwinan Helmi & Deja

Resepsi perkahwinan antara Helmi dan Deja berlangsung di kediaman lelaki ( majlis jemput menantu ) di Taman Bukit Kuchai Batu 8 Puchong, Selangor pada 16/12/2007. Acara majlis menjemput menantu berjalan dengan baik dihiasi resepsi adat istiadat melayu dengan ringkas. Sanak saudara dan sahabat handai yang bertandang memeriahkan lagi majlis yang sederhana ini. Khidmat pelamin dan andaman dari Orked Bridal House menyerlahkan lagi pasangan mempelai yang sememang pasangan secocok yang 'happy go lucky'... Cuaca baik sewaktu majlis berlangsung walaupun dikhuatiri hujan kerana faham-faham sahaja lah, sekarang ini musim hujan. Khidmat fotografi singkat memberi sedikit sebanyak garapan istimewa untuk pasangan mempelai. Selamat Pengantin Baru dan selamat melayari bahtera rumahtangga dengan penuh kesyukuran dan InsyaAllah istana bahgia menanti bagi kedua-dua pengantin baru.