Thursday, September 20, 2007

Resepsi Perkahwinan Mas & Wan

31 Ogos 2007 merupakan tarikh keramat bagi rakyat Malaysia seluruhnya, dan apa yang lebih istimewanya tahun ini kemerdekaan disambut untuk yang ke 50 tahun. Bagi pasangan mempelai Mas dan Wan lain pula ceritanya apabila memilih tarikh bermakna ini untuk melangsungkan ikatan pernikahan di Puchong baru-baru ini. Seperti dirancang pernikahan dijalankan selepas solat Asar dan alhamdulillah Wan memperisterikan Mas dengan 2 lafaz. Manakala majlis resepsi persandingan berlangsung pada 2 Sept 2007 di kediaman pengantin perempuan. Segalanya berjalan lancar dan macam biasalah kenangan manis penggambaran mempelai dihiasi senyum tawa pengantin baru. Pengantin perempuan sebenarnya rakan sekerja kepada isteri saya ( Anilah ) dan Wan juga kami telah kenal beberapa ketika dulu, jadi tiada lah segan silu sangat bagi pasangan pengantin untuk beraski dimata lensa. Walaupun kurang biasa bergaya di hadapan kamera namun jika dibentuk menjadi juga pasangan mempelai hari itu. Tema warna mereka maroon/silver juga maroon/gold so memang meriah majlis mereka. Khidmat andaman juga dari butik OrkedBridal House. Kenangan kurang manis di akhir majlis adalah pengantin perempuan telah kehilangan beg duit dan handphone yang dipercayai dicuri ketika dia meninggalkan bilik pengantin ketika majlis persandingan. "Kurang asam punya pencuri"... so kepada bakal pengantin, perlulah berhati-hati sewaktu majlis... simpanlah barangan berharga anda di tempat selamat dan kenal pasti orang yang boleh dicurigai masuk ke rumah kita. Kepada Mas dan Wan selamat pengantin baru dan semoga kekal hingga ke anak cucu. Pelan-pelan kayuh... jangan gopoh gapah ok.... daaa....